DEFINISI
GOLONGAN ZINDIK
Dalam Kamus Fiqhi
karya Dr. Sa’dy Abu Habib dijelaskan bahawa kata zindiq atau al-zindiq iaitu
seorang yang tidak berpegang teguh terhadap agama. Orang arab lebih mengenalnya
dengan kata Mulhid atau Athesis, iaitu tidak percaya atau mencela terhadap
agama[1].
Ibnu Kamal
mengatakan, zindiq adalah orang yang menolak kesetiaannya kepada Allah,
mendukung kemusyrikan dan mengingkari hukum Allah S.W.T.
Menurut Imam
Syafi’e, Imam Malik dan Imam Ahmad. Zindiq ialah orang yang menampakkan
keislamannya dan menyembunyikan kekafirannya. Seperti pada zaman Rasulullah
disebut orang munafik, namun dalam Istilah Syar’I sering disebut sebagai
golongan zindiq.
Adapun menurutImam
Hanafi dan salah satu riwayat Imam syafi’e, zindiq adalah orang yang
mengharamkan agama.
·
Orang
yang mengingkari hari akhirat dan Rububiyyah Allah SWT.
·
Duri
dalam daging.
Siapakah Golongan Zindiq
Mereka adalah gerakan
orientalis yang berpakaian dengan pakaian Islam dan dari nasab atau keturunan
kaum Muslimin. Akan tetapi, hakikatnya roh, badan, akal dan fikiran mereka
seperti Yahudi, atau lebih dikenali dengan Yahudi gaya baru. Mereka telah
diasuh dan dan dididik dengan baik oleh
Yahudi di negeri-negeri yang dikuasai oleh Yahudi seperti Amerika dan negeri
kafir yang lain. Sekarang mereka menjadi guru di negeri mereka untuk mendidik
kaum Muslimin agar mereka menjadi Yahudi walaupun nama dan pakaiannya tetap
Islam. Mereka mendirikan dan membuka madrasah–madrasah (pusat kajian) dengan
kajian-kajian Islamnya dalam berbagai macam acara seperti diskusi atau seminar
dan lain-lain.
ORANG-ORANG
MUNAFIK: TABIAT MEREKA DAN SEJAUH MANA BAHAYA MEREKA TERHADAP ISLAM.
Di dalam kamus A-Marbawi, zindiq diertikan sebagai kafir,
berpura-pura beriman. Daripada
pengertian ini, dapat lah di fahami bahawa orang-orang munafiq itu
adalah golongan zindiq. Bagaimanakah tabiat mereka dan sejauh manakah bahaya
mereka terhadap Islam?.
Jika kita
mentela’ah kitab-kitab sirah pasti banyak kita temui tentang sikap-sikap orang
munafik ini dan bagaimana bahaya mereka yang selalu di sebut orang seperti duri
dalam daging. Mari kita lihat bagaimana Allah swt membongkarkan keejahatan
mereka di dalam firmanNya:
yyÌsù cqàÿ¯=yßJø9$# öNÏdÏyèø)yJÎ/ y#»n=Åz ÉAqßu «!$# (#þqèdÌx.ur br& (#rßÎg»pgä óOÏlÎ;ºuqøBr'Î/ öNÍkŦàÿRr&ur Îû È@Î6y «!$# (#qä9$s%ur w (#rãÏÿZs? Îû Ìhptø:$# 3 ö@è% â$tR zO¨Zygy_ x©r& #vym 4 öq©9 (#qçR%x. tbqßgs)øÿt ÇÑÊÈ (#qä3ysôÒuù=sù WxÎ=s% (#qä3ö7uø9ur #ZÏVx. Lä!#ty_ $yJÎ/ (#qçR%x. tbqç7Å¡õ3t ÇÑËÈ bÎ*sù yèy_§ ª!$# 4n<Î) 7pxÿͬ!$sÛ öNåk÷]ÏiB x8qçRxø«tGó$$sù Ælrããù=Ï9 @à)sù `©9 (#qã_ãørB zÓÉëtB #Yt/r& `s9ur (#qè=ÏF»s)è? zÓÉëtB #rßtã ( ö/ä3¯RÎ) OçFÅÊu Ïqãèà)ø9$$Î/ tA¨rr& ;o§sD (#rßãèø%$$sù yìtB tûüÏÿÎ=»sø:$# ÇÑÌÈ [2]
81.
orang-orang (munafik) Yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu,
bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan
mereka (sememangnya) tidak suka berjihad Dengan harta benda dan jiwa mereka
pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan)
berkata: "Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim
panas ini". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Api neraka jahannam lebih
panas membakar", kalaulah mereka itu orang-orang Yang memahami.
82. oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan
mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa Yang
mereka telah usahakan.
83. maka jika Allah mengembalikan Engkau kepada segolongan dari
mereka (orang-orang Yang munafik itu di Madinah), kemudian mereka meminta izin
kepadamu untuk keluar (turut berperang), maka katakanlah: "Kamu tidak
sekali-kali akan keluar bersama-samaku selama-lamanya, dan kamu tidak
sekali-kali akan memerangi musuh bersama-samaku; Sesungguhnya kamu telah
bersetuju tinggal pada kali Yang pertama, oleh itu duduklah kamu bersama-sama
orang-orang Yang tinggal".
Jika kita lihat
kembali ayat-ayat sebelum dan sesudah ayat-ayat di atas nescaya kita akan
mendapati tentang sikap jahat dan bahaya mereka golongan munafik sebagai
peringatan kepada kita. Apabila diimbau daripada sejarah, setiap musibah dan
kekalahan yang dialami oleh kaum muslimin semasa peperangan adalah di sebabkan
oleh helah-helah orang munafik.
Kaum muslimin tidak pernah tertipu oleh musuh-musuh mereka
sebagaimana tertipu oleh kaum munafiqin. Tidak pernah mengalami kelemahan,
kelumpuhan dan perpecahan sebagaimana yang disebabkan oleh orang-orang munafiq[3]. Maha Benar Allah SWT yang berfirman:
öqs9 (#qã_tyz /ä3Ïù $¨B öNä.rß#y wÎ) Zw$t6yz (#qãè|Ê÷rV{ur öNä3n=»n=Ï{ ãNà6tRqäóö7t spuZ÷FÏÿø9$# óOä3Ïùur tbqã軣Jy öNçlm; 3 ª!$#ur 7OÎ=tæ tûüÏJÎ=»©à9$$Î/ ÇÍÐÈ [4]
47. kalaulah mereka
keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan, dan
tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan)
hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) Dalam kalangan kamu; sedang di antara
kamu ada orang Yang suka mendengar hasutan mereka. dan (ingatlah) Allah Maha
mengetahui akan orang-orang Yang zalim.
Orang-orang
munafik ini sangat berbahaya kerana mereka memerangi Islam atas nama Islam,
merosakkan Islam dengan senjata Islam, mempermain-mainkan hukum Islam atas nama
pembaharuan. Pelajaran yang harus diambil kaum Islam dari hal ini ialah
haruslah berwaspada terhadap orang-orang munafiq beribu kali ganda daripada
musuh yang sudah nyata. Kemunafikan yang menghancurkan Agama patut ditumpaskan
tatkala telah nyata dan mula tumbuh seperti parasit-parasit jahat.
JENIS-JENIS ZINDIQ ATAU MUNAFIK[5]
Pertama: nifaq besar (nifaq akidah)
Maksudnya, menyembunyikan kekufuran dalam hati dan menampakkan
keimanan dengan lisan dan perbuatan.
Kedua; nifaq kecil (nifaq amali)
Maksudnya, bola perbuatan yang Nampak berbeza dengan apa yang
diperintahkan oleh syariat islam.
Perbezaan antara kedua jenis nifaq ini adalah sama dengan perbezaan
kufur besar dengan kufur kecil. Tetapi nifaq lebih berbahaya daripada kufur.
Sebsb, kekufuran adalah perbuatan yang Nampak keranya mudah diketahui, sedang
nifaq adalah tidak dapat dilihat kerananya tidak dapat didektasi dengan mudah
dan cepat. Itulah sebabnya orang munafik itu lebih berbahaya daripada orang
kafir terhadap keruntuhan umat islam. Dengan kerana itulah orang munafik layak
masuk ke tingkat paling rendah neraka.
Sejarah menunjukan bahawa orang munafik baru hadir dalam sejarah
islam setelah rasulullah serta kaum muslimin berada di madinah. Ketika masih
berada di mekah, masyarakat hanya terbahagi kepada dua golongn iaitu musyrik
dan kafir atau muslimin dan beriman. Jadi, fenomena nifaq baru terjadi dalam
sejarah. Sebahagian besar pemimpin dan pelopor aliran-aliran sesat dalam
sejarah islam adalah munafik dengan tingkat besar nifaq. Racun yang mereka
sering sebarkan dalam tubuh umat islam ialah:
Pertama: menghilangkan kepercayaan terhadap para sahabat rasulullah
yang merupakan pembawa risalah islam yang jujur dan adil.
Kedua: merosak sumber-sumber islam yang asli iaitu al-quran dan
sunnah rasulullah serta metod penerimaan islam yang kedua dari kedua sumber
tersebut.
Ketiga: menghancurkan agama islam, baik secara prasial mahupun
secara keseluruhan.
Keempat: membatalkan nash-nash wahyu atas hakikat-hakikat islam
mahupun dalam kategori prinsip ataupun bukan prinsip.
Kelima: menyebarkan rasa permusuhan dan perpecahan dalam tubuh umat
islam.
JENIS-JENIS NIFAQ BESAR (NIFAQ AKIDAH)[6]
1.
Mendustakan
rasulullah secara keseluruhan
2.
Mendustakan
sebahagian ajaran yang dibawa oleh rasulullah s.a.w.
3.
Membenci
rasulullah s.a.w.
4.
Membenci
sebahagian ajaran yang dibawa leh rasulullah s.a.w.
5.
Merasa
gembira dengan kekelahan agama rasulullah s.a.w.
6.
Merasa
benci dengan kemenangan agama rasulullah s.a.w.
JENIS-JENIS NIFAQ KECIL (AMALI)
1.
Dusta
dalam perkataan rasulullah s.a.w, sabda rasulullah: “sesungguhnya dusta itu
menghantar kepada kemaksiatan, dan kemaksiatan itu menghantar kepada neraka.
Seseorang akan terus berdusta dan sentiasa mencari celah dusta hingga ia
dicatat di sisi Allah sebagai pendusta”.
2.
Tidak
menepati janji
3.
Mengkhianat
amanah. Sabda rasulullah: “janganlah kamu mengkhianati orang yang
mengkhianati mu”
4.
Berlaku
curang ketika bertangkar dengan jalan keluar aturan akhlak yang luhur.
5.
Kebohongan.
Saba nabi: “setiap penipu akan dipancangkan baginya sebuah bendera dan
dikatakan ini adalah penipuan si fulan”.
Adalah penting untuk ditegaskan bahawa nifaq kecil yang bersifat
amali ini adalah jalan yang akan menghantar seseorang menuju kearah nifaq yang
besar yang bersifat keyakinan. Jadi, sesiapa sahaja yang yang melakukan
perbuatan nifaq kecil ini dan menjadikanya sebagai sifatnya dikuathiri ia akan terjerumus
ke dalam nifaq besar
145. Sesungguhnya orang-orang munafik itu
(ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. dan kamu
sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka.
¨#sÎ) x8uä!%y` tbqà)Ïÿ»uZßJø9$# (#qä9$s% ßpkô¶tR y7¨RÎ) ãAqßts9 «!$# 3 ª!$#ur ãNn=÷èt y7¨RÎ) ¼ã&è!qßts9 ª!$#ur ßpkô¶t ¨bÎ) tûüÉ)Ïÿ»uZßJø9$# cqç/É»s3s9 ÇÊÈ (#ÿräsªB$# öNåks]»yJ÷r& Zp¨Zã_ (#r|Ásù `tã È@Î6y «!$# 4 öNåk¨XÎ) uä!$y $tB (#qçR%x. tbqè=yJ÷èt ÇËÈ y7Ï9ºs öNåk¨Xr'Î/ (#qãZtB#uä §NèO (#rãxÿx. yìÎ7äÜsù 4n?tã öNÍkÍ5qè=è% óOßgsù w tbqßgs)øÿt ÇÌÈ [8]
1. Apabila orang-orang munafik datang kepadamu,
mereka berkata: "Kami mengakui, bahwa Sesungguhnya kamu benar-benar Rasul
Allah". dan Allah mengetahui bahwa Sesungguhnya kamu benar-benar
Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa Sesungguhnya orang-orang munafik itu
benar-benar orang pendusta.
2. Mereka itu menjadikan
sumpah mereka sebagai perisai[1476], lalu mereka menghalangi (manusia) dari
jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang Telah mereka kerjakan.
3. Yang demikian itu adalah
Karena bahwa Sesungguhnya mereka Telah beriman, Kemudian menjadi kafir (lagi)
lalu hati mereka dikunci mati; Karena itu mereka tidak dapat mengerti.
KEJAHATAN YANG DILAKUKAN OLEH GOLONGAN ZINDIK ATAU
MUNAFIK
Berkenaan Hadis Palsu
Hadis palsu adalah kata-kata yang direka dan dianggap atau dilabelkan sebagai hadis. Terdapat juga kata-kata hikmah daripada para sahabat, tabiin atau ulama yang disalah anggap sebagai hadis. Kesemua ini dikatakan sebagai hadis maudhu’ atau hadis palsu. Persoalan tersebarnya hadis-hadis palsu adalah satu perkara yang serius dan perlu sama-sama ditangani oleh kita semua terutamanya golongan yang diberikan ilmu agama.
Rasulullah Saw Telah Memberikan Isyarat Kemunculan
Hadis Palsu
Jika
kita membaca buku-buku hadis, kita akan bertemu dengan beberapa amaran daripada
Rasulullah SAW tentang dosa mencipta hadis palsu dan bahaya menyebarkan
kata-kata yang bukan daripada diri Baginda SAW. Ini adalah merupakan satu
tanda jelas bahawa pemalsuan hadis akan berlaku selepas Baginda SAW wafat. Di
antara hadis yang jelas menyebutkan bahawa akan berlaku penipuan terhadap
hadis-hadis Baginda SAW ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim di
dalam Sahih Muslim:
Maksudnya: Akan
ada pada akhir zaman umatku sekumpulan manusia bersifat seperti dajjal dan
pembohong yang memberitahu kamu tentang hadis yang kamu tidak pernah
mendengarnya dan juga tidak pernah didengari oleh bapa-bapa kamu. Janganlah
mereka mendekati kamu dan janganlah kamu mendekati mereka. Janganlah mereka
menyesatkan kamu dan menjatuhkan kamu ke dalam fitnah[1].
Bilakah Bermulanya Pemalsuan Hadis
Menurut Abd. Fattah Abu Ghuddah di dalam bukunya Lamahat Min Tarikh al
Sunnah, permulaan jenayah pemalsuan hadis adalah pada sekitar tahun 40
Hijrah. Sebab utama yang memulakan jenayah ini ialah pertelingkahan dan
perselisihan yang bermula sejak Khalifah Uthman Bin Affan gugur syahid dibunuh
oleh golongan pemberontak[2].
Sebab-Sebab Hadis Palsu Dicipta
Terdapat banyak sebab yang menjadikan sebahagian manusia tergamak melakukan
kesalahan yang amat besar ini iaitu memalsukan hadis. Sebab-sebab ini dapat
dilihat dalam bentuk golongan yang menyebut hadis palsu. Secara ringkasnya saya
sebutkan di sini beberapa golongan yang menyebut hadis-hadis palsu bersumberkan
daripada tulisan Ali al Qari (1014H) dalam bukunya al Mashnu’ Fi
Ma’rifati al Hadis al Maudhu’[3].
Ianya adalah seperti berikut :
1- Golongan yang terlalu tenggelam dalam
zuhud tanpa ilmu sehingga daya ingatan mereka menjadi kurang dan tidak dapat
membezakan di antara hadis atau kata-kata orang lain. Mereka tersilap lalu
menyebut sesuatu sebagai hadis sedangkan yang sebenarnya bukan hadis.
2- Golongan ahli periwayat hadis yang tidak
menghafaz hadis-hadis mereka. Maka apabila sesuatu berlaku kepada buku mereka,
mereka tidak dapat mengingat dengan tepat apakah hadis yang telah mereka
catatkan.
3- Golongan yang soleh tetapi disebabkan
terlalu tua, mereka terkena penyakit nyanyuk lalu tersalah dalam menyebut
hadis-hadis palsu[4].
4- Terdapat juga golongan yang tersalah
meriwayatkan hadis-hadis palsu, tetapi setelah ditegur, mereka sombong dan
enggan menarik balik kata-kata mereka.
5- Golongan zindiq yang jahat. Mereka
mencipta hadis-hadis palsu bertujuan menyesatkan umat Islam.
6- Golongan yang taksub dengan mazhab
masing-masing dan mencipta hadis-hadis palsu untuk menguatkan dan memenangkan
mazhab mereka.
7- Golongan jahil yang mencipta hadis-hadis
palsu kononnya untuk menggalakkan manusia melakukan ketaatan atau menggerunkan mereka
daripada melakukan perkara maksiat.
8- Golongan yang menyatakan bahawa tidak
mengapa meletakkan sanad palsu kepada kata-kata yang indah.
9- Golongan pengampu yang mencipta
hadis-hadis agar mereka disayangi oleh pemerintah.
10-Golongan penceramah dan tukang cerita yang
berceramah di masjid-masjid. Mereka mencipta atau meriwayatkan hadis palsu
semata-mata untuk menarik minat masyarakat awam agar mereka mendapat banyak
habuan kebendaan dan menjadi masyhur.
Sepuluh
golongan ini ialah mereka yang dinyatakan oleh Ali al Qari sebagai golongan
yang menjadi sumber datangnya hadis-hadis palsu. Kita dapat lihat dengan jelas
bahawa ada di antara golongan yang disebutkan oleh Ali al Qari yang sememangnya
jahat dan ada juga yang jahil atau tersilap
NAMA KITAB ZINDIK
Buku ini dikarang dan diasaskan oleh nurcholish
madjid. Mereka menamakan buku mereka dengan nama , "FIQIH LINTAS AGAMA''
Nama yang tidak pernah dipergunakan oleh para Ulama dalam menamakan kitab-kitab
mereka. Sebuah nama yang menunjukkan isi dan kesesatan para penulisnya. Antara
judul dan isinya sangat bertentangan. Mereka menamakannya Fiqih Lintas Agama,
yang dimaksud adalah bertemunya agama-agama dalam satu titik. Anehnya, mereka
sebarkan ini kepada Islam dan kaum Muslimin tidak kepada yang lain.
POKOK-POKOK KESESATAN MEREKA
1. Mereka mengajarkan kepada kaum Muslimin tentang
wihdatul adyaan (kesatuan agama-agama), bahawa semua agama sama , sama baiknya,
satu tujuan kepada-Nya?
Anehnya mereka ajarkan keyakinan yang kufur ini hanya kepada kaum Muslimin saja, tidak kepada penganut agama–agama yang selain Islam.
Anehnya mereka ajarkan keyakinan yang kufur ini hanya kepada kaum Muslimin saja, tidak kepada penganut agama–agama yang selain Islam.
2. Mereka memasukkan keraguan (tasykik) ke dalam hati
dan pikiran kaum Muslimin akan kebenaran agama Islamnya.
3. Mereka masukan ajaran-ajaran di luar Islam ke dalam
Islam agar diyakini dan diamalkan oleh kaum Muslimin.
4. Mereka memberikan tafsiran–tafsiran terhadap Islam
yang sesuai dengan tujuan mereka iaitu membatalkan syariat.
5. Mereka memasukkan sesuatu yang batil (kebatilan)
dan hal-hal yang haram bahkan kekufuran dan kesyirikan bersama sejumah bid’ah
i’tiqadiyyah (keyakinan) dan amaliyyah ke dalam persoalan khilafiyah atau
masalah yang masih di perselisihkan oleh Ulama menyalahi kenyataannya.
6. Setelah selesai masalah di atas , kemudian mereka pun memberikan kebebasan sebebas–bebasnya kepada kaum Muslimin untuk menterjemah dan mentafsirkan Islam sesuai kehendak, tujuan dan maksudnya masing–masing dengan alasan toleransi dalam penafsiran yang berbeza. Inilah haikat mempermainkan dan mengolok –olok agama Allah Azza wa Jalla.
7. Setelah berhasil dalam masalah di atas, mereka mengatakan pada kaum Muslimin bahwa kebenaran bersifat nisbi (relatif), kita tidak boleh mengatakan bahwa agama kita yakni Islam adalah agama yang haq sedangkan yang selainnya batil. Demikian juga kita tidak boleh mengatakan bahwa selain dari agama kita Al Islam adalah kufur dan syirik. kebenaran adalah bersifat nisbi (relatif), maka di dunia ini kita belum tahu agama siapa yang benar dan yang salah. Boleh jadi agama kita yang benar dan agama yang lain salah atau sebaliknya. Kita tidak tahu dengan pasti kerana nisbahnya kebenaran itu sebelum sampai pada pengadilan Yang Maha Kuasa
Kesesatan dan kerosakannya yang dapat disimpulkan
ialah :
1. Mengajak kepada Wihdatul adyaan (kesatuan agama –agama). Bahawa semua agama sama di sisi Allah Azza wa Jalla, semua diterima oleh Allah Azza wa Jalla, meskipun ajaranya dan caranya berbeza.
2. Semua agama baik dan mengajarkan kebaikan kepada umatnya masing-masing. Oleh karena itu, apabila umat manusia menjalankan agamanya dengan baik dan benar -karena semua agama itu baik dan benar- maka mereka akan mendapat pahala dan masuk ke dalam syurga.
3. Orang yang kafir ialah orang yang tidak menjalankan ajaran agamanya atau yang tidak beragama atau yang menentang agama. Selama mereka mengamalkan ajaran agamanya, maka mereka tidak dikatakan atau di labelkan sebagai orang kafir. Orang Yahudi tidak kafir selama mereka mengamalkan agamanya. Orang Nashara tidak kafir selama mereka mengamalkan agamanya. Orang Majusi tidak kafir selama mereka mengamalkan agamanya dan begitulah seterusnya.
4. Dipenuhi dengan berbagai macam
kebohongan–kebohongan besar dengan mengatasnamakan Allah Azza wa Jalla,
Rasul-Nya , para nabi dan rasul, Islam, al-Qur`an, Taurat dan Injil dan
seterusnya.
5. Talbis mereka seperti talbisnya iblis dengan
mencampuradukkan kebenaran dan kebatilan.
6. Tipu muslihat dan kelicikan mereka dalam menulis.
6. Tipu muslihat dan kelicikan mereka dalam menulis.
7. Menghilangkan amanah ilmiyyah.
8. Kejahilan mereka terhadap Dinul Islam yang sangat
murrakkab (berlipat-ganda), walaupun mereka berlagak alim sebagaimana kebiasaan
orang-orang munafiqun.
9. Celaan dan penghinaan mereka terhadap para Sahabat, Taabi'in dan Taabi' taabi'in sebagai tiga generasi terbaik di dalam umat ini.
9. Celaan dan penghinaan mereka terhadap para Sahabat, Taabi'in dan Taabi' taabi'in sebagai tiga generasi terbaik di dalam umat ini.
10. Mereka telah merubah makna ayat–ayat al-Qur'an
sebagaimana yang pernah dilakukan guru besar mereka ketika mereka merubah
Taurat dan Inji!
11. Celaan dan penghinaan mereka kepada Abu Hurairah
Radhiallahu 'anhu, seorang Sahabat besar.
12. Celaan dan penghinaan mereka kepada Imam -Syafi'i Rahimahullah.
12. Celaan dan penghinaan mereka kepada Imam -Syafi'i Rahimahullah.
13. Menyembunyikan ilmu
14. Memenggal kemudian merubah sabda Nabi yang mulia
.
15. Mendahulukan akal dari wahyu aI-Qur'an dan Sunnah.
16. Mereka bermanhaj dengan manhaj filsafat batiniyyah
(kebatinan).
17. Mereka menterjemahkan dan menafsirkan Islam sesuai
dengan manhaj kaum zindiq.
18. Mereka menyamakan dan mempertemukan Islam dengan
agama-agama yang lain yang menjadi ciri-ciri khas kaum zindiq.
19. Mereka memuliakan dan meninggikan agama, agama
selain Islam persis seperti kebiasaan kaum munafikun.
RUJUKAN
Al-Qamus
Al-Fiqhi, Dr. Sa’dy Abu Habib. Bab . Huruf Zay
Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti, Sirah Nabawiyah, Pustaka Dini.
Dr. Ibrahim Muhammad Bin Abdullah Al-Buraikan,
2001, Aqidah Islam Madzhab Ahli Sunnah Waljamaah, Pustaka Dini Sdn Bhd
[1]
Al-Qamus Al-Fiqhi, DR. Sa’dy Abu Habib. Bab . Huruf Zay, jilid 1, Hal. 160.
[2]
Surah At-Taubah: 81-83
[3]
Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti, Sirah Nabawiyah, pustaka Dini.
[4]
Surah At-Taubah: 47.
[5]
Dr. Ibrahim Muhammad bin Abdullah al-buraikan, 2001, aqidah islam madzhab ahli
sunnah waljamaah, pustaka dini sdn bhd, muka surat 291-293.
[6]
Dr. Ibrahim Muhammad bin Abdullah al-buraikan, 2001, aqidah islam madzhab ahli
sunnah waljamaah, pustaka dini sdn bhd, muka surat 294-295.
[7]
Surah An-nisaa ayat 145
[8]
Surah munafiqun ayat 1-3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan