Sabtu, 7 Disember 2013

siapa zindiq

DEFINISI GOLONGAN ZINDIK
            Dalam Kamus Fiqhi karya Dr. Sa’dy Abu Habib dijelaskan bahawa kata zindiq atau al-zindiq iaitu seorang yang tidak berpegang teguh terhadap agama. Orang arab lebih mengenalnya dengan kata Mulhid atau Athesis, iaitu tidak percaya atau mencela terhadap agama[1].
            Ibnu Kamal mengatakan, zindiq adalah orang yang menolak kesetiaannya kepada Allah, mendukung kemusyrikan dan mengingkari hukum Allah S.W.T.
            Menurut Imam Syafi’e, Imam Malik dan Imam Ahmad. Zindiq ialah orang yang menampakkan keislamannya dan menyembunyikan kekafirannya. Seperti pada zaman Rasulullah disebut orang munafik, namun dalam Istilah Syar’I sering disebut sebagai golongan zindiq.
            Adapun menurutImam Hanafi dan salah satu riwayat Imam syafi’e, zindiq adalah orang yang mengharamkan agama.
·         Orang yang mengingkari hari akhirat dan Rububiyyah Allah SWT.
·         Duri dalam daging.

Siapakah Golongan Zindiq
Mereka adalah gerakan orientalis yang berpakaian dengan pakaian Islam dan dari nasab atau keturunan kaum Muslimin. Akan tetapi, hakikatnya roh, badan, akal dan fikiran mereka seperti Yahudi, atau lebih dikenali dengan Yahudi gaya baru. Mereka telah diasuh dan dan dididik  dengan baik oleh Yahudi di negeri-negeri yang dikuasai oleh Yahudi seperti Amerika dan negeri kafir yang lain. Sekarang mereka menjadi guru di negeri mereka untuk mendidik kaum Muslimin agar mereka menjadi Yahudi walaupun nama dan pakaiannya tetap Islam. Mereka mendirikan dan membuka madrasah–madrasah (pusat kajian) dengan kajian-kajian Islamnya dalam berbagai macam acara seperti diskusi atau seminar dan lain-lain.

ORANG-ORANG MUNAFIK: TABIAT MEREKA DAN SEJAUH MANA BAHAYA MEREKA TERHADAP ISLAM.
Di dalam kamus A-Marbawi, zindiq diertikan sebagai kafir, berpura-pura beriman. Daripada  pengertian ini, dapat lah di fahami bahawa orang-orang munafiq itu adalah golongan zindiq. Bagaimanakah tabiat mereka dan sejauh manakah bahaya mereka terhadap Islam?.
            Jika kita mentela’ah kitab-kitab sirah pasti banyak kita temui tentang sikap-sikap orang munafik ini dan bagaimana bahaya mereka yang selalu di sebut orang seperti duri dalam daging. Mari kita lihat bagaimana Allah swt membongkarkan keejahatan mereka di dalam firmanNya:
yy̍sù šcqàÿ¯=yßJø9$# öNÏdÏyèø)yJÎ/ y#»n=Åz ÉAqßu «!$# (#þqèd̍x.ur br& (#rßÎg»pgä óOÏlÎ;ºuqøBr'Î/ öNÍkŦàÿRr&ur Îû È@Î6y «!$# (#qä9$s%ur Ÿw (#rãÏÿZs? Îû Ìhptø:$# 3 ö@è% â$tR zO¨Zygy_ x©r& #vym 4 öq©9 (#qçR%x. tbqßgs)øÿtƒ ÇÑÊÈ   (#qä3ysôÒuù=sù WxÎ=s% (#qä3ö7uŠø9ur #ZŽÏVx. Lä!#ty_ $yJÎ/ (#qçR%x. tbqç7Å¡õ3tƒ ÇÑËÈ   bÎ*sù šyèy_§ ª!$# 4n<Î) 7pxÿͬ!$sÛ öNåk÷]ÏiB x8qçRxø«tGó$$sù Ælrããù=Ï9 @à)sù `©9 (#qã_ãøƒrB zÓÉëtB #Yt/r& `s9ur (#qè=ÏF»s)è? zÓÉëtB #rßtã ( ö/ä3¯RÎ) OçFÅÊu ÏŠqãèà)ø9$$Î/ tA¨rr& ;o§sD (#rßãèø%$$sù yìtB tûüÏÿÎ=»sƒø:$# ÇÑÌÈ [2] 
81. orang-orang (munafik) Yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad Dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: "Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Api neraka jahannam lebih panas membakar", kalaulah mereka itu orang-orang Yang memahami.
82. oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa Yang mereka telah usahakan.
83. maka jika Allah mengembalikan Engkau kepada segolongan dari mereka (orang-orang Yang munafik itu di Madinah), kemudian mereka meminta izin kepadamu untuk keluar (turut berperang), maka katakanlah: "Kamu tidak sekali-kali akan keluar bersama-samaku selama-lamanya, dan kamu tidak sekali-kali akan memerangi musuh bersama-samaku; Sesungguhnya kamu telah bersetuju tinggal pada kali Yang pertama, oleh itu duduklah kamu bersama-sama orang-orang Yang tinggal".
            Jika kita lihat kembali ayat-ayat sebelum dan sesudah ayat-ayat di atas nescaya kita akan mendapati tentang sikap jahat dan bahaya mereka golongan munafik sebagai peringatan kepada kita. Apabila diimbau daripada sejarah, setiap musibah dan kekalahan yang dialami oleh kaum muslimin semasa peperangan adalah di sebabkan oleh helah-helah orang munafik.
Kaum muslimin tidak pernah tertipu oleh musuh-musuh mereka sebagaimana tertipu oleh kaum munafiqin. Tidak pernah mengalami kelemahan, kelumpuhan dan perpecahan sebagaimana yang disebabkan oleh orang-orang munafiq[3]. Maha Benar Allah SWT yang berfirman:
öqs9 (#qã_tyz /ä3Ïù $¨B öNä.rߊ#y žwÎ) Zw$t6yz (#qãè|Ê÷rV{ur öNä3n=»n=Ï{ ãNà6tRqäóö7tƒ spuZ÷FÏÿø9$# óOä3Ïùur tbqã軣Jy öNçlm; 3 ª!$#ur 7OŠÎ=tæ tûüÏJÎ=»©à9$$Î/ ÇÍÐÈ [4] 
47. kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan, dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) Dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang Yang suka mendengar hasutan mereka. dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui akan orang-orang Yang zalim.
            Orang-orang munafik ini sangat berbahaya kerana mereka memerangi Islam atas nama Islam, merosakkan Islam dengan senjata Islam, mempermain-mainkan hukum Islam atas nama pembaharuan. Pelajaran yang harus diambil kaum Islam dari hal ini ialah haruslah berwaspada terhadap orang-orang munafiq beribu kali ganda daripada musuh yang sudah nyata. Kemunafikan yang menghancurkan Agama patut ditumpaskan tatkala telah nyata dan mula tumbuh seperti parasit-parasit jahat.

JENIS-JENIS ZINDIQ ATAU MUNAFIK[5]
Pertama: nifaq besar (nifaq akidah)
Maksudnya, menyembunyikan kekufuran dalam hati dan menampakkan keimanan dengan lisan dan perbuatan.
Kedua; nifaq kecil (nifaq amali)
Maksudnya, bola perbuatan yang Nampak berbeza dengan apa yang diperintahkan oleh syariat islam.
Perbezaan antara kedua jenis nifaq ini adalah sama dengan perbezaan kufur besar dengan kufur kecil. Tetapi nifaq lebih berbahaya daripada kufur. Sebsb, kekufuran adalah perbuatan yang Nampak keranya mudah diketahui, sedang nifaq adalah tidak dapat dilihat kerananya tidak dapat didektasi dengan mudah dan cepat. Itulah sebabnya orang munafik itu lebih berbahaya daripada orang kafir terhadap keruntuhan umat islam. Dengan kerana itulah orang munafik layak masuk ke tingkat paling rendah neraka.
Sejarah menunjukan bahawa orang munafik baru hadir dalam sejarah islam setelah rasulullah serta kaum muslimin berada di madinah. Ketika masih berada di mekah, masyarakat hanya terbahagi kepada dua golongn iaitu musyrik dan kafir atau muslimin dan beriman. Jadi, fenomena nifaq baru terjadi dalam sejarah. Sebahagian besar pemimpin dan pelopor aliran-aliran sesat dalam sejarah islam adalah munafik dengan tingkat besar nifaq. Racun yang mereka sering sebarkan dalam tubuh umat islam ialah:
Pertama: menghilangkan kepercayaan terhadap para sahabat rasulullah yang merupakan pembawa risalah islam yang jujur dan adil.
Kedua: merosak sumber-sumber islam yang asli iaitu al-quran dan sunnah rasulullah serta metod penerimaan islam yang kedua dari kedua sumber tersebut.
Ketiga: menghancurkan agama islam, baik secara prasial mahupun secara keseluruhan.

Keempat: membatalkan nash-nash wahyu atas hakikat-hakikat islam mahupun dalam kategori prinsip ataupun bukan prinsip.
Kelima: menyebarkan rasa permusuhan dan perpecahan dalam tubuh umat islam.

JENIS-JENIS NIFAQ BESAR (NIFAQ AKIDAH)[6]
1.      Mendustakan rasulullah secara keseluruhan
2.      Mendustakan sebahagian ajaran yang dibawa oleh rasulullah s.a.w.
3.      Membenci rasulullah s.a.w.
4.      Membenci sebahagian ajaran yang dibawa leh rasulullah s.a.w.
5.      Merasa gembira dengan kekelahan agama rasulullah s.a.w.
6.      Merasa benci dengan kemenangan agama rasulullah s.a.w.

JENIS-JENIS NIFAQ KECIL (AMALI)
1.      Dusta dalam perkataan rasulullah s.a.w, sabda rasulullah: “sesungguhnya dusta itu menghantar kepada kemaksiatan, dan kemaksiatan itu menghantar kepada neraka. Seseorang akan terus berdusta dan sentiasa mencari celah dusta hingga ia dicatat di sisi Allah sebagai pendusta”.
2.      Tidak menepati janji
3.      Mengkhianat amanah. Sabda rasulullah: “janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianati mu”
4.      Berlaku curang ketika bertangkar dengan jalan keluar aturan akhlak yang luhur.
5.      Kebohongan. Saba nabi: “setiap penipu akan dipancangkan baginya sebuah bendera dan dikatakan ini adalah penipuan si fulan”.
Adalah penting untuk ditegaskan bahawa nifaq kecil yang bersifat amali ini adalah jalan yang akan menghantar seseorang menuju kearah nifaq yang besar yang bersifat keyakinan. Jadi, sesiapa sahaja yang yang melakukan perbuatan nifaq kecil ini dan menjadikanya sebagai sifatnya dikuathiri ia akan terjerumus ke dalam nifaq besar
bÎ) tûüÉ)Ïÿ»oYçRùQ$# Îû Ï8ö¤$!$# È@xÿóF{$# z`ÏB Í$¨Z9$# `s9ur yÅgrB öNßgs9 #·ŽÅÁtR ÇÊÍÎÈ [7]
145.  Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka.

¨#sŒÎ) x8uä!%y` tbqà)Ïÿ»uZßJø9$# (#qä9$s% ßpkôtR y7¨RÎ) ãAqßts9 «!$# 3 ª!$#ur ãNn=÷ètƒ y7¨RÎ) ¼ã&è!qßts9 ª!$#ur ßpkôtƒ ¨bÎ) tûüÉ)Ïÿ»uZßJø9$# šcqç/É»s3s9 ÇÊÈ (#ÿräsƒªB$# öNåks]»yJ÷ƒr& Zp¨Zã_ (#r|Ásù `tã È@Î6y «!$# 4 öNåk¨XÎ) uä!$y $tB (#qçR%x. tbqè=yJ÷ètƒ ÇËÈ y7Ï9ºsŒ öNåk¨Xr'Î/ (#qãZtB#uä §NèO (#rãxÿx. yìÎ7äÜsù 4n?tã öNÍkÍ5qè=è% óOßgsù Ÿw tbqßgs)øÿtƒ ÇÌÈ [8]
1.  Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahwa Sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah". dan Allah mengetahui bahwa Sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa Sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta.
2.  Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai[1476], lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang Telah mereka kerjakan.
3.  Yang demikian itu adalah Karena bahwa Sesungguhnya mereka Telah beriman, Kemudian menjadi kafir (lagi) lalu hati mereka dikunci mati; Karena itu mereka tidak dapat mengerti.




KEJAHATAN YANG DILAKUKAN OLEH GOLONGAN ZINDIK ATAU MUNAFIK
Berkenaan Hadis Palsu

            Hadis palsu adalah kata-kata yang direka dan dianggap atau dilabelkan sebagai hadis. Terdapat juga kata-kata hikmah daripada para sahabat, tabiin atau ulama yang disalah anggap sebagai hadis. Kesemua ini dikatakan sebagai hadis maudhu’ atau hadis palsu. Persoalan tersebarnya hadis-hadis palsu adalah satu perkara yang serius dan perlu sama-sama ditangani oleh kita semua terutamanya golongan yang diberikan ilmu agama.

Rasulullah Saw Telah Memberikan Isyarat Kemunculan Hadis Palsu
            Jika kita membaca buku-buku hadis, kita akan bertemu dengan beberapa amaran daripada Rasulullah SAW tentang dosa mencipta hadis palsu dan bahaya menyebarkan kata-kata yang bukan daripada diri Baginda SAW. Ini  adalah merupakan satu tanda jelas bahawa pemalsuan hadis akan berlaku selepas Baginda SAW wafat. Di antara hadis yang jelas menyebutkan bahawa akan berlaku penipuan terhadap hadis-hadis Baginda SAW ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sahih Muslim:

Maksudnya: Akan ada pada akhir zaman umatku sekumpulan manusia bersifat seperti dajjal dan pembohong yang memberitahu kamu tentang hadis yang kamu tidak pernah mendengarnya dan juga tidak pernah didengari oleh bapa-bapa kamu. Janganlah mereka mendekati kamu dan janganlah kamu mendekati mereka. Janganlah mereka menyesatkan kamu dan menjatuhkan kamu ke dalam fitnah[1].

  Bilakah Bermulanya Pemalsuan Hadis

            Menurut Abd. Fattah Abu Ghuddah di dalam bukunya Lamahat Min Tarikh al Sunnah, permulaan jenayah pemalsuan hadis adalah pada sekitar tahun 40 Hijrah. Sebab utama yang memulakan jenayah ini ialah pertelingkahan dan perselisihan yang bermula sejak Khalifah Uthman Bin Affan gugur syahid dibunuh oleh golongan pemberontak[2].
 Sebab-Sebab Hadis Palsu Dicipta

            Terdapat banyak sebab yang menjadikan sebahagian manusia tergamak melakukan kesalahan yang amat besar ini iaitu memalsukan hadis. Sebab-sebab ini dapat dilihat dalam bentuk golongan yang menyebut hadis palsu. Secara ringkasnya saya sebutkan di sini beberapa golongan yang menyebut hadis-hadis palsu bersumberkan daripada tulisan Ali al Qari (1014H) dalam bukunya al Mashnu’ Fi Ma’rifati al Hadis al Maudhu’[3]. Ianya adalah seperti berikut : 

1-  Golongan yang terlalu tenggelam dalam zuhud tanpa ilmu sehingga daya ingatan mereka menjadi kurang dan tidak dapat membezakan di antara hadis atau kata-kata orang lain. Mereka tersilap lalu menyebut sesuatu sebagai hadis sedangkan yang sebenarnya bukan hadis.

2-  Golongan ahli periwayat hadis yang tidak menghafaz hadis-hadis mereka. Maka apabila sesuatu berlaku kepada buku mereka, mereka tidak dapat mengingat dengan tepat apakah hadis yang telah mereka catatkan.

3-  Golongan yang soleh tetapi disebabkan terlalu tua, mereka terkena penyakit nyanyuk lalu tersalah dalam menyebut hadis-hadis palsu[4].

4-  Terdapat juga golongan yang tersalah meriwayatkan hadis-hadis palsu, tetapi setelah ditegur, mereka sombong dan enggan menarik balik kata-kata mereka.

5-  Golongan zindiq yang jahat. Mereka mencipta hadis-hadis palsu bertujuan menyesatkan umat Islam.

6-  Golongan yang taksub dengan mazhab masing-masing dan mencipta hadis-hadis palsu untuk menguatkan dan memenangkan mazhab mereka.

7-  Golongan jahil yang mencipta hadis-hadis palsu kononnya untuk menggalakkan manusia melakukan ketaatan atau menggerunkan mereka daripada melakukan perkara maksiat.

8-  Golongan yang menyatakan bahawa tidak mengapa meletakkan sanad palsu kepada kata-kata yang indah.

9-  Golongan pengampu yang mencipta hadis-hadis agar mereka disayangi oleh pemerintah.

10-Golongan penceramah dan tukang cerita yang berceramah di masjid-masjid. Mereka mencipta atau meriwayatkan hadis palsu semata-mata untuk menarik minat masyarakat awam agar mereka mendapat banyak habuan kebendaan dan menjadi masyhur.

Sepuluh golongan ini ialah mereka yang dinyatakan oleh Ali al Qari sebagai golongan yang menjadi sumber datangnya hadis-hadis palsu. Kita dapat lihat dengan jelas bahawa ada di antara golongan yang disebutkan oleh Ali al Qari yang sememangnya jahat dan ada juga yang jahil atau tersilap

NAMA KITAB ZINDIK
Buku ini dikarang dan diasaskan oleh nurcholish madjid. Mereka menamakan buku mereka dengan nama , "FIQIH LINTAS AGAMA'' Nama yang tidak pernah dipergunakan oleh para Ulama dalam menamakan kitab-kitab mereka. Sebuah nama yang menunjukkan isi dan kesesatan para penulisnya. Antara judul dan isinya sangat bertentangan. Mereka menamakannya Fiqih Lintas Agama, yang dimaksud adalah bertemunya agama-agama dalam satu titik. Anehnya, mereka sebarkan ini kepada Islam dan kaum Muslimin tidak kepada yang lain.
POKOK-POKOK KESESATAN MEREKA
1. Mereka mengajarkan kepada kaum Muslimin tentang wihdatul adyaan (kesatuan agama-agama), bahawa semua agama sama , sama baiknya, satu tujuan kepada-Nya?
Anehnya mereka ajarkan keyakinan yang kufur ini hanya kepada kaum Muslimin saja, tidak kepada penganut agama–agama yang selain Islam.
2. Mereka memasukkan keraguan (tasykik) ke dalam hati dan pikiran kaum Muslimin akan kebenaran agama Islamnya. 
3. Mereka masukan ajaran-ajaran di luar Islam ke dalam Islam agar diyakini dan diamalkan oleh kaum Muslimin.
4. Mereka memberikan tafsiran–tafsiran terhadap Islam yang sesuai dengan tujuan mereka iaitu membatalkan syariat.
5. Mereka memasukkan sesuatu yang batil (kebatilan) dan hal-hal yang haram bahkan kekufuran dan kesyirikan bersama sejumah bid’ah i’tiqadiyyah (keyakinan) dan amaliyyah ke dalam persoalan khilafiyah atau masalah yang masih di perselisihkan oleh Ulama menyalahi kenyataannya.

6. Setelah selesai masalah di atas , kemudian mereka pun memberikan kebebasan sebebas–bebasnya kepada kaum Muslimin untuk menterjemah dan mentafsirkan Islam sesuai kehendak, tujuan dan maksudnya masing–masing dengan alasan toleransi dalam penafsiran yang berbeza. Inilah haikat mempermainkan dan mengolok –olok agama Allah Azza wa Jalla.

7. Setelah berhasil dalam masalah di atas, mereka mengatakan pada kaum Muslimin bahwa kebenaran bersifat nisbi (relatif), kita tidak boleh mengatakan bahwa agama kita yakni Islam adalah agama yang haq sedangkan yang selainnya batil. Demikian juga kita tidak boleh mengatakan bahwa selain dari agama kita Al Islam adalah kufur dan syirik. kebenaran adalah bersifat nisbi (relatif), maka di dunia ini kita belum tahu agama siapa yang benar dan yang salah. Boleh jadi agama kita yang benar dan agama yang lain salah atau sebaliknya. Kita tidak tahu dengan pasti kerana nisbahnya kebenaran itu sebelum sampai pada pengadilan Yang Maha Kuasa
Kesesatan dan kerosakannya yang dapat disimpulkan ialah :

1. Mengajak kepada Wihdatul adyaan (kesatuan agama –agama). Bahawa semua agama sama di sisi Allah Azza wa Jalla, semua diterima oleh Allah Azza wa Jalla, meskipun ajaranya dan caranya berbeza.

2. Semua agama baik dan mengajarkan kebaikan kepada umatnya masing-masing. Oleh karena itu, apabila umat manusia menjalankan agamanya dengan baik dan benar -karena semua agama itu baik dan benar- maka mereka akan mendapat pahala dan masuk ke dalam syurga.

3. Orang yang kafir ialah orang yang tidak menjalankan ajaran agamanya atau yang tidak beragama atau yang menentang agama. Selama mereka mengamalkan ajaran agamanya, maka mereka tidak dikatakan atau di labelkan  sebagai orang kafir. Orang Yahudi tidak kafir selama mereka mengamalkan agamanya. Orang Nashara tidak kafir selama mereka mengamalkan agamanya. Orang Majusi tidak kafir selama mereka mengamalkan agamanya dan begitulah seterusnya.
4. Dipenuhi dengan berbagai macam kebohongan–kebohongan besar dengan mengatasnamakan Allah Azza wa Jalla, Rasul-Nya , para nabi dan rasul, Islam, al-Qur`an, Taurat dan Injil dan seterusnya.
5. Talbis mereka seperti talbisnya iblis dengan mencampuradukkan kebenaran dan kebatilan.
6. Tipu muslihat dan kelicikan mereka dalam menulis. 
7. Menghilangkan amanah ilmiyyah.
8. Kejahilan mereka terhadap Dinul Islam yang sangat murrakkab (berlipat-ganda), walaupun mereka berlagak alim sebagaimana kebiasaan orang-orang munafiqun.
9. Celaan dan penghinaan mereka terhadap para Sahabat, Taabi'in dan Taabi' taabi'in sebagai tiga generasi terbaik di dalam umat ini.
10. Mereka telah merubah makna ayat–ayat al-Qur'an sebagaimana yang pernah dilakukan guru besar mereka ketika mereka merubah Taurat dan Inji!
11. Celaan dan penghinaan mereka kepada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu, seorang Sahabat besar.
12. Celaan dan penghinaan mereka kepada Imam -Syafi'i Rahimahullah.
13. Menyembunyikan ilmu
14. Memenggal kemudian merubah sabda Nabi yang mulia . 
15. Mendahulukan akal dari wahyu aI-Qur'an dan Sunnah.
16. Mereka bermanhaj dengan manhaj filsafat batiniyyah (kebatinan).
17. Mereka menterjemahkan dan menafsirkan Islam sesuai dengan manhaj kaum zindiq.
18. Mereka menyamakan dan mempertemukan Islam dengan agama-agama yang lain yang menjadi ciri-ciri khas kaum zindiq.
19. Mereka memuliakan dan meninggikan agama, agama selain Islam persis seperti kebiasaan kaum munafikun.












RUJUKAN

Al-Qamus Al-Fiqhi, Dr. Sa’dy Abu Habib. Bab . Huruf Zay
Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti, Sirah Nabawiyah, Pustaka Dini.
Dr. Ibrahim Muhammad Bin Abdullah Al-Buraikan, 2001, Aqidah Islam Madzhab Ahli Sunnah Waljamaah, Pustaka Dini Sdn Bhd



[1] Al-Qamus Al-Fiqhi, DR. Sa’dy Abu Habib. Bab . Huruf Zay, jilid 1, Hal. 160.
[2] Surah At-Taubah: 81-83
[3] Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti, Sirah Nabawiyah, pustaka Dini.
[4] Surah At-Taubah: 47.
[5] Dr. Ibrahim Muhammad bin Abdullah al-buraikan, 2001, aqidah islam madzhab ahli sunnah waljamaah, pustaka dini sdn bhd, muka surat 291-293.
[6] Dr. Ibrahim Muhammad bin Abdullah al-buraikan, 2001, aqidah islam madzhab ahli sunnah waljamaah, pustaka dini sdn bhd, muka surat 294-295.
[7] Surah An-nisaa ayat 145
[8] Surah munafiqun ayat 1-3